Bukan senang untuk kaum wanita nak ada minda yang tenang sebab ada banyak peranan dan tanggungjawab dalam hidup. Dengan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan kemudiannya ibu, hidup para wanita seperti tiada tanda berhenti. Itu tak termasuk lagi dengan tanggungjawab di tempat kerja. Tapi ini bukan alasan untuk kita sebagai wanita tidak menjaga diri. Walaupun kadang-kadang nak ‘make-time’ untuk diri pun susah, kita tetap kena jaga kesihatan iita secara menyeluruh. 

Bila cakap pasal kesihatan, bukan kesihatan fizikal je yang penting tau! Sebenarnya, kesihatan rohani wanita adalah elemen paling penting dalam kesejahteraan dan kepuasan hidup secara sepenuhnya. Kenapa? Sebab rohani kita yang menjaga kewarasan emosi dan keseimbangan diri, kehidupan serta hubungan. 

So, macam mana kita nak pastikan rohani dan minda kita sentiasa dalam keadaan tip top? Apa aktiviti yang boleh dilakukan? Haa, jom baca! 

Mulakan Hari Dengan Meditasi

Sudah menjadi kebiasaan bagi wanita untuk mulakan hari pada awal pagi sebab ada banyak kerja rumah yang perlu dilakukan. Jangan merungut bila perlu awal sebab ada manfaatnya tau! Waktu inilah yang tepat untuk anda bermeditasi sebab masih sunyi dan tenang. Sebelum mulakan kerja rumah, cuba buat meditasi dulu. Sebabnya ia boleh bantu untuk mulakan hari dengan lebih fokus, yakin dan gembira. Bukan itu saja, anda dapat memupuk cara pemikiran yang lebih progresif bila anda dapat berada dalam keadaan yang tenang. Apa lagi, cubalah meditasi esok pagi, mesti anda akan rasai perubahan yang positif. 

Kekalkan Aktiviti Fizikal dan Diet Harian Sihat

Sejak pandemik ini, kebanyakan daripada kita semua kena ‘work-from-home’ (WFH). Bila WFH, ramai mula rasa terkongkong sebab dah terbiasa di tempat bekerja dan rutin pemakanan juga mula menjadi kurang sihat. Jadi sebab tu lah kita kena manfaatkan masa di rumah ini dengan rutin harian yang sihat termasuk aktiviti senaman supaya minda kita boleh dialihkan dari stres kerja. Diet makanan yang seimbang dan sihat juga dapat bantu anda kurangkan stres dan ‘anxiety’. 

Hadkan Penggunaan Gajet 

Zaman canggih ni, memang kita tak boleh hidup tanpa gajet dan internet, betul tak? Ditambah pula dengan kewujudan media sosial, ramai yang asyik menghabiskan masa dengan telefon bimbit masing-masing. Kan lebih baik kita gunakan masa lapang dengan melakukan hobi atau cuba aktiviti baru. Barulah anda dapat menikmati masa dengan lebih berkualiti. 

Pantau Corak Tidur 

Siapa yang tak suka tidur, kan? Tapi jangan sampai ia mempengaruhi corak tidur anda! Walaupun kita sebagai kaum Hawa memang sentiasa ada banyak kerja, tapi tidur yang cukup tu penting ya! Semua tahu bahawa kekurangan tidur dapat menjejaskan tahap fokus serta prestasi dalam kerja atau hidup peribadi, dan lebih teruk boleh juga memberi impak dari segi kesihatan minda. Minda kita perlu mendapat rehat secukupnya untuk menempuh hari baru. Jadi, cuba untuk tidur cukup dan berkualiti ok! 

Praktiskan ‘Me Time’ Setiap Hari

Macam biasa, wanita memang always busy tambah-tambahan yang berkerja dan berkeluarga. Lepas kerja, nak kena sambung kerja rumah dan fokus pada anak-anak pulak sehingga mengabaikan diri sendiri. Ini sememangnya tidak sihat dari segi mental dan emosi. Jadi, anda kena tetapkan satu masa untuk ‘me time’. Masa ini akan memberi peluang bagi kita untuk rehat, buat aktiviti kegemaran dan paling penting menghargai diri sendiri! Zaman sekarang adalah zaman yang mencabar. Ramai yang terkesan secara mental kerana terlalu tertekan. Jangan biarkan perkara sebegini jadi kepada anda. Sentiasa gunakan masa dengan aktiviti yang boleh memberi elemen positif kepada minda ok. Barulah dapat hidup sihat dan gembiraZaman sekarang adalah zaman yang mencabar. Ramai yang terkesan secara mental kerana terlalu tertekan. Jangan biarkan perkara sebegini jadi kepada anda. Sentiasa gunakan masa dengan aktiviti yang boleh memberi elemen positif kepada minda ok. Barulah dapat hidup sihat dan gembira!


Zaman sekarang adalah zaman yang mencabar. Ramai yang terkesan secara mental kerana terlalu tertekan. Jangan biarkan perkara sebegini jadi kepada anda. Sentiasa gunakan masa dengan aktiviti yang boleh memberi elemen positif kepada minda ok. Barulah dapat hidup sihat dan gembira!