Proses penuaan sering kali dilihat sebagai sesuatu yang negatif. Bila cerita bab ni, ramai terus ingat pasal  garis halus dan kedutan di muka,, pembentukan pinggang berlemak, sakit sendi, kerap jatuh sakit, serta pelbagai risiko kesihatan lain. Memang tak syok untuk teruskan rutin harian bila diri dah masuk proses menua ni , kan? Itulah sebabnya penuaan sihat adalah penting, untuk kita menjalani kehidupan terbaik melalui kesihatan fizikal, dalaman mental yang optimum. 


Nak tahu macam mana nak menikmati proses penuaan dengan gembira dan sihat? Baca sampai habis sebab ada 5 tip berkesan untuk anda! 


Ubah Diet Makanan

Anda tahu tak wanita lebih mudah terkena penyakit jantung dan osteoporosis bila semakin berusia? Jadi, penting untuk kita pastikan makanan kita mengandungi nutrien yang dapat melindungi tulang dan jantung kita dengan sebaik mungkin. Betul, bukan senang nak tiba-tiba ubah cara pemakanan, mesti susah sikit mula-mulanya. Tapi sekarang kan dah ada macam-macam  resepi online yang senang, sedap dan paling penting, sihat. Sebenarnya makanan sihat dan clean ni sedap tau!


Terdapat kajian menunjukkan makanan berasaskan tumbuhan - terutama biji-bijian, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran dapat kurangkan risiko penyakit jantung. Jangan lupa gabungkan dengan ikan k yang mengandungi asid lemak omega-3 dan vitamin D seperti sardin, tenggiri dan salmon. Ikan-ikan ini dapat tingkatkan keanjalan saluran darah dan menurunkan tekanan darah. Secara tak langsung, ia dapat menurunkan risiko penyakit jantung, serangan jantung dan strok serta menyokong kesihatan tulang dengan lebih baik. 


Bina Minda & Pemikiran Yang Positif 

Kesihatan minda dan emosi juga tak terkecuali dalam proses penuaan. Ada kajian menunjukkan bahawa wanita dua kali ganda lebih berisiko  menghadapi kemurungan daripada lelaki. Dengan banyak perubahan emosi dan lain-lain yang mula dirasai, kita mungkin mula rasa terganggu. Sebab tu kita kena amalkan aktiviti yang dapat tenangkan minda seperti gratitude practice. Kalau anda nak tahu, dengan jurnal gratitude,  anda dapat pupuk kebahagiaan dan kesyukuran dalam diri dan meningkatkan kualiti hidup kita secara keseluruhan.


Salah satu tip untuk lakukan gratitude practice adalah anda perlu sematkan fikiran yang positif dalam minda dengan bersyukur dengan apa yang kita miliki. Ini dapat bantu setkan minda anda untuk terus kuat  hadapi apa-apa cabaran dan dugaan. Tapi, kenalah ingat, jika anda selalu rasa berat hati, gelisah dan murung tanpa sebab yang jelas, kena dapatkan bantuan profesional daripada kaunselor atau pakar psikologi.. Tak perlu rasa malu untuk dapatkan bantuan yang bersesuaian. Jangan lupa, menjaga kesihatan mental anda adalah komponen penting untuk memiliki penuaan yang baik dan sihat.


Terus Aktif Bergerak

Salah satu hakikat yang kita kena ambil serious adalah wanita lebih cenderung mendapat penyakit  osteoporosis daripada lelaki. Osteoporosis merupakan penyakit degenerasi tulang yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar kerapuhan tulang.Ini memberi risiko yang tinggi sebab  kalau anda jatuh, ia boleh menyebabkan tulang patah. So, memang penting untuk anda terus membina density dan kekuatan otot serta tulang dengan melakukan senaman secara regular dan makan makanan yang seimbang.


Walaupun makin bertambah usia, , jangan berhenti melatih stamina dan kekuatan tulang anda. Selain senaman kardio,  senaman rintangan daya tahan dan weight bearing yang sesuai juga boleh dilakukan bagi meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan osteoporosis pada masa akan datang. Latihan weight bearing  badan bukan saja terhad kepada mengangkat berat ya. Boleh je anda buat hobi atau sukan kegemaran seperti menari, mendaki, aerobik dan tenis! Untuk senaman yang lebih ringan, cubalah mesin latihan elips, mesin tangga atau berjalan kaki.


Rutin ‘Check-Up’ Kesihatan 

Kita semua tahu mencegah lebih baik dari merawat.  Bila dah cecah usia senior ni lagilah kena nasihat ni. Antara penyakit yang biasa berlaku pada wanita bila makin berusia adalah diabetes, kanser, osteoporosis, radang paru-paru, kehilangan pendengaran, masalah keseimbangan dan penyakit jantung.


Kalau anda nak tahu, ada sebilangan penyakit wanita yang perlu sentiasa diperiksa dari usia muda. Misalnya, ujian pap smear untuk mengetahui risiko bagi kanser serviks, pemeriksaan pelvis, pemeriksaan payudara, pemeriksaan tulang dan pemeriksaan jantung. Ingat, jangan ambil remeh dengan kesihatan anda, ambil inisiatif untuk jalani pemeriksaan secara rutin. Anda juga akan  rasa tenang bila tahu kesihatan anda berada pada tahap optimum.. Kalau ada simptom yang berkaitan pun, sekurang-kurangnya anda dapat mengatasinya h dengan cepat melalui rawatan yang bersesuaian. 


Tajamkan Otak 

Penyakit demensia bukan penyakit yang asing di kalangan warga emas. Peningkatan bilangan pesakit demensia adalah peringatan buat  kita untuk menjaga otak dengan sihat. Bukan susah pun, bila anda ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat pun dah boleh lihat perbezaan. Rutin senaman dan hobi yang merangsang otak kita dapat bantu sistem kognitif dan mengurangkan risiko  kemerosotan otak. Cari hobi yang sentiasa memberangsangkan otak anda. Jom try salah satu aktiviti berikut;  belajar bahasa baru, bermain alat musik kesukaan atau yang paling disukai semua, bermain permainan papan seperti monopoli- pilihan anda tak ada limitasi!


Dah sampai masanya untuk kita sedar kita ada pilihan untuk jalani hidup berkualiti pada setiap masa, termasuklah ketika di usia senior ni. Harap anda dah faham tip-tip yang menjamin proses penuaan yang sihat di atas. Jangan tak cuba, nanti anda yang rugi!