Untuk membantu pembentukan minda anak anda, tak perlu pun wang yang banyak atau menghantar mereka ke kelas formal. Pembentukan ini perlu bermula dengan ibu bapa itu sendiri. Mudah sahaja, anda perlu berinteraksi dengan anak anda secara konsisten. Ini dikongsikan beberapa idea bagaimana anda boleh berinteraksi dengan anda untuk pembentukan minda mereka.

1. Stick the tongue out

Ini merupakan teknik yang mudah di mana anda perlu mengeluarkan lidah anda dari pelbagai sudut terutama sekali semasa berinteraksi dengan bayi anda supaya si bayi akan memberi reaksi seperti senyum, gelak dan sebagainya. Teknik ini sangat membantu untuk bayi 3 bulan ke atas untuk melatih mereka mengenai kawalan lidah. Ini akan membantu mereka untuk proses makan dan bercakap. Ia juga sesuai untuk ibu bapa yang ingin memulakan proses interaksi dengan bayi.


2. Tummy time

Aktiviti tummy time ini pula sesuai untuk bayi yang berumur sehingga 6 bulan. Ia membantu menguatkan kekuatan fizikal dan koordinasi bayi serta cara yang bagus untuk berinteraksi. Untuk melakukan aktiviti ini, anda perlu posisikan si bayi dalam keadaan meniarap. Anda juga boleh meniarap di sebelah atau berhadapan dengan si comel. Berinteraksi dengan bayi atau letakkan mainan di hadapan supaya bayi akan tertarik.


3. Deria sentuhan

Aktiviti seterusnya adalah memberikan mereka peluang untuk memulakan deria sentuhan. Anda boleh kumpulkan beberapa jenis fabrik berbeza dan biarkan si bayi bermain dengan fabrik-fabrik tersebut. Ini dapat membantu mengasah deria sentuhan bayi anda. Dengan tambahan interaksi oleh ibu bapa, minda si bayi akan lebih berkembang daripada sudut deria, bahasa serta penglihatan.


4. Besar atau kecil

Semasa kecil, anak-anak sangat suka mengambil barang di dalam rumah dan menggabungkan kesemuanya tanpa mengira saiz. Bila anda mempraktikkan teknik ini, ia akan membantu mereka mengenali saiz dan juga skil matematik kerana mereka akan belajar untuk mengira dan mengukur sesetengah barang.


5. Dengarkan

Tubuh badan bayi cenderung untuk mewujudkan berjuta-juta saluran saraf setiap hari untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu,, muzik merupakan elemen terbaik untuk permulaan. Anda boleh cuba dedahkan anak-anak dengan pelbagai jenis muzik yang berbeza dari segi nada dan meter.



6. Kuasa bermain

Ini merupakan aktiviti yang sering dipraktikkan kerana ia merupakan kunci kepada perkembangan minda yang positif. Nilai sebenar bermain dengan anak adalah bagi menguatkan hubungan di antara si manja dengan ibu bapa. Bila anda kerap meluangkan masa dengan bermain dengan si kecil, ia akan membuka lebih banyak peluang untuk anak anda mengembang dan mengasah skil kognitif, komunikasi, sosial dan emosi yang amat berguna pada masa hadapan.

Sebagai penutup, perkembangan minda anak anda adalah sangat penting dan ibu bapa yang mempunyai peranan paling besar untuk membentuknya. Jika anda memainkan peranan dengan cemerlang, anak anda akan membesar dengan bijak dan sihat. Dengan ini, masa depan mereka akan terjamin dan tiada apa yang anda perlu risaukan lagi.