Pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia hari ni masih tiada lagi kesudahannya.  Walaupun beberapa sekatan telah dilonggarkan, kita kena patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu. Menuju ke fasa endemik, negara kini semakin ke arah normal tetapi pekerja masih boleh pilih untuk bekerja di pejabat atau di rumah.


Bekerja di rumah merupakan perubahan yang besar untuk kebanyakan orang sebab pejabat merupakan tempat yang memang khas untuk kerja dan lebih fokus bila bekerja. Sekarang bila kat rumah, online meeting dan kerja  agak berbeza sebab memerlukan pemikiran yang lebih kritikal, hubungan sesama manusia berkurang, gangguan di rumah yang tidak dapat dielakkan dan banyak masa dihabiskan di depan skrin berbanding jika di pejabat. Perkara-perkara macam inilah yang banyak menyebabkan ramai antara kita cepat  rasa lesu. Kelesuan buat diri kita rasa mengantuk dan selalu penat. Tambah-tambah lagi di musim pandemik ni lagi lah sebab orang bosan dan penat sebab perlu berjaga-jaga dan kena patuh SOP untuk melindungi diri dan orang lain daripada jangkitan. 


Keletihan pandemik ini ambil masa untuk berkembang dan dipengaruhi oleh persekitaran budaya, sosial, struktur, dan undang-undang. Impak yang negatif boleh terjadi terhadap fizikal dan mental disebabkan kesihatan diri, kedudukan sosioekonomi, pengasingan diri dan sosial yang berlaku semasa pandemik COVID-19. Keletihan pandemik boleh disebabkan oleh kegelisahan, kesusahan, pengasingan, dan kurangnya aktiviti fizikal. Berdasarkan kajian oleh pihak Turkish, 64.1% dari 3672 orang yang tidak mempunyai jangkitan Covid mengalami masalah keletihan (secara mental dan fizikal) yang disebabkan oleh pandemik. 


Ada beberapa perkara yang menyumbang kepada kelesuan seseorang:

  • Sakit otot
  • Otot lemah
  • Refleks dan tindak balas yang perlahan
  • Mood yang tidak baik
  • Imunisasi badan yang lemah
  • Kurang bermotivasi

Jika anda dapati rasa lesu anda berterusan, suplemen tongkat ali adalah pilihan yang bagus untuk mengembalikan yang terbaik dalam diri anda! Ini adalah kerana quassinoids, alkaloid, dan triterpenes semuanya terdapat dalam ekstrak tongkat ali.  Dopamin ni bersambung dengan alkaloids dan alkaloids pula boleh didapati di dalam ekstrak standard Tongkat Ali. Dopamine adalah neurotransmitter yang akan memberikan  rasa  "feel good”" kepada badan. Kita akan  rasa happy apabila otak kita mempunyai jumlah dopamin yang mencukupi.  Apabila aktiviti dopamin meningkat, tahap motivasi, produktiviti, perhatian, dan minat dalam diri juga akan meningkat tau. 

Kini dengan suplemen Tongkat Ali, yakinlah bahawa anda akan dapat melakukan perkara yang anda tidak pernah dapat lakukan sebelum ini. Cari cara untuk memasukkan pilihan ke dalam hari anda. Sebagai contoh, ambil masa untuk berehat dari melihat skrin yang mencukupi, berhubung dengan rakan dan keluarga anda di media sosial, dan yang paling penting kena selalu bersikap positif. Jom terus aktif bertenaga dan katakan tidak kepada kelesuan!