Buah pinggang merupakan organ yang terletak di bahagian tepi tulang belakang, jauh di dalam perut, dan panjangnya sekitar 10-15 cm. Fungsi utamanya adalah untuk membuang racun dari darah dan menukar sisa menjadi air kencing. Buah pinggang adalah organ penting yang menjalankan pelbagai tugas untuk memastikan darah bersih dan seimbang. Ia  mempunyai banyak fungsi antaranya:

  1. Menapis darah untuk membuang bahan buangan metabolik
  2. Mengekalkan elektrolit badan (natrium dan kalium) dan kandungan air
  3. Mengeluarkan pelbagai hormon penting untuk badan

Apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik, racun yang berbahaya dan air yang berlebihan akan terkumpul di dalam badan kita dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang. Beberapa gejala masalah buah pinggang adalah tekanan darah tinggi, kelesuan, sakit kepala kronik, bengkak di muka dan pergelangan kaki, pengekalan cecair, dan ketidakselesaan punggung bawah.

Beberapa ubatan boleh menghalang buah pinggang dari berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, antibiotik boleh mengumpulkan kristal yang tidak dapat dilarutkan dan akan menyekat saluran kencing. Ini termasuk ubat-ubatan lain yang mengandungi bahan kimia di mana ia boleh merosakkan sel buah pinggang apabila ditapis. Jika kita kerap mengambil antibiotik atau mengambilnya dengan dos yang tinggi, peluang untuk mendapat kerosakan buah pinggang akan meningkat.

Pemakanan yang sihat dan senaman yang kerap merupakan tabiat yang baik bagi kesihatan termasuk kesihatan buah pinggang. Buah pinggang dipengaruhi oleh pemakanan kita, jadi sebab tu cuba kurangkan memakan makanan yang diproses dan lebih baik kita makan buah atau sayuran yang segar. 

Suplemen yang mengandungi ekstrak Tongkat Ali premium juga boleh menjadi pilihan ke arah melindungi buah pinggang anda kerana ia mengandungi pelbagai alkaloid dan ia juga kandungan antioksidan yang tinggi. Satu kajian telah dijalankan untuk melihat kandungan nephroprotection dalam Tongkat Ali.  Pada manusia, 400 mg ekstrak tongkat ali setiap hari selama enam minggu tidak menghasilkan sebarang ketoksikan kepada hati atau buah pinggang. Dos Tongkat Ali yang disyorkan selamat adalah sebanyak 200-400 mg setiap hari.

Ayuh lindungi buah pinggang anda sekarang ubatan herba yang mengandungi Tongkat Ali  kerana ia bukan sahaja selamat dimakan, tetapi juga dapat meminimumkan kerosakan ginjal yang disebabkan oleh separuh daripada ubat-ubatan dengan kualiti "nefrotoksisitas". Kesihatan buah pinggang berada di tangan anda.