Pandemik Covid-19 yang sedang dialami sekarang bakal memberi kesan kepada populasi kita. Disebabkan pandemik ini, masalah kesihatan di kalangan masyarakat juga meningkat. Faktor kesihatan yang boleh menyumbang kepada bilangan penduduk termasuk ketidaksuburan yang merujuk kepada pasangan yang tidak dapat mempunyai anak setelah berusaha hamil selama 12 bulan atau lebih. Ketidaksuburan merupakan perkara yang timbul dari salah seorang atau kedua pasangan. Gaya hidup dan persekitaran seperti merokok, minum arak, obesiti, stres dan pendedahan kepada polusi boleh memberi kesan terhadap kesuburan pada lelaki dan perempuan. Faktor yang menyumbang kepada ketidaksuburan pada wanita adalah gangguan ovulasi, endometriosis, lekatan pelvis, penyumbatan tiub falopi, kelonggaran rongga rahim dan hiperprolaktinemia. 


Seterusnya, tahap sistem reproduktif wanita adalah tinggi ketika meningkat umur. Kesuburan mula menurun pada umur 30. Tahap kesuburan makin menurun apabila wanita mencapai pertengahan 30 tahun. Pada umur 45, kesuburan akan menurun di mana kebanyakan wanita mempunyai peluang tipis untuk hamil secara normal.


Bahan yang sesuai digunakan untuk suplemen mestilah dipilih untuk memberi manfaat kepada pengguna. Beberapa hasil kajian menunjukkan bahawa ubat-ubatan herba boleh membantu kesuburan dalam kalangan wanita.


Tongkat Ali merupakan bahan premium yang telah dibuktikan dapat memperbaiki kadar kesuburan. Satu kajian ‘Wdowiak study’ pada tahun 2020 melihat bahawa peningkatan hormon stres kortisol boleh merosakkan ovulasi. Hasil kajian mendapati jika tahap kortisol direndahkan, peluang untuk seorang wanita mengandung lebih tinggi.  Dalam penyelidikan klinikal yang dilakukan oleh Dr, di Amerika Syarikat, Tongkat Ali didapati efektif dalam menurunkan kadar kortisol dan memiliki kemampuan untuk membantu kemandulan.


Selain itu, androgen dihasilkan di ovari, kelenjar adrenal, dan tisu periferal pada wanita. Aktiviti aromatase di bahagian peripheral menukarkan testosteron menjadi estrogen. Tahap testosteron dalam darah adalah petunjuk yang baik untuk pengeluaran androgen ovari. Selain estrogen, hormon seperti progestin, testosteron, dan dehydroepiandrosterone (DHEA) telah digunakan sebagai terapi untuk mengawal gejala yang berkaitan dengan menopause pada masa lalu. Walaupun terapi penggantian testosteron mungkin memberi kesan yang baik pada tulang, otot, dan fungsi kognitif, ia juga boleh digunakan pada wanita menopause untuk meningkatkan semangat.


Dengan itu, Tongkat Ali terbukti mempunyai kesan antioksidan kerana kepekatan superoksida dismutase yang tinggi. Dengan mengurangkan peningkatan telopeptida C-terminal kolagen jenis I, suplemen berasaskan Tongkat Ali dapat mencegah peningkatan kadar penyerapan tulang selepas orchiectomy. Tambahan pula, Tongkat Ali mampu melindungi dan ianya berguna dalam pengaturan hormon pembiakan dan indikasi tulang. Jadi, Tongkat Ali dapat digunakan untuk mengubat ketidakseimbangan hormon, gejala menopaus, dan kemandulan.