Setiap individu perlu bijak mengurus stres atau tekanan seharian agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat. Tip utama untuk menguruskan stress adalah dengan cara mencari ketenangan. Kebanyakan individu mendefinisikan ketenangan dengan hanya duduk di atas sofa di depan televisyen dan “zone-out”. Cara ini tidak salah tetapi ia hanya mampu mengurangkan stres pada kadar yang terlalu sedikit. Lebih baik jika kita mengaktifkan badan untuk mendapat respon natural agar dapat menikmati ketenangan yang lebih mendalam. Jom baca untuk tahu bagaimana nak dapatkan ketenangan tersebut!

Woman Sitting in Front of Macbook


1. Teknik Pernafasan

Teknik pernafasan adalah teknik yang paling mudah tetapi memberi impak yang sangat baik dan cepat terutamanya dalam proses mendapatkan ketenangan yang lebih dalam. Ianya amat mudah dan boleh dipraktikkan dimana-mana dan pada bila-bila masa. Teknik ini memberi impak yang lebih besar bila digandingkan dengan aromaterapi dan muzik. Anda hanya memerlukan beberapa minit serta ruang yang senyap. Pertama sekali, anda perlu duduk tegak dengan selesa dan mula menarik nafas panjang melalui hidung dan lepaskan nafas melalui mulut. Ulang langkah tersebut mengikut keperluan anda. Mudah je kan?


2. Merehatkan Otot-otot Progresif 

Untuk merehatkan otot-otot progresif, penting untuk kita tahu bahawa proses ini melibatkan 2 langkah mudah; menegang dan merehatkan otot di bahagian-bahagian berbeza.  Dengan cara ini, anda dapat mengenal pasti bahagian otot yang tegang yang berkemungkinan berpunca daripada stress dan seterusnya membantu badan anda untuk lebih relaks. Kombinasi proses ini dengan teknik pernafasan akan melegakan tekanan yang anda rasakan.

3. Meditasi Imbasan Badan

Meditasi imbasan badan adalah salah satu teknik meditasi yang memberi fokus kepada bahagian badan yang berbeza. Seperti teknik merehatkan otot-otot progresif,  di mana anda mungkin akan bermula dari kaki, teknik meditasi ini anda perlu memberi fokus kepada setiap inci badan anda tanpa melabel apa-apa bentuk sensasi sebagai sensasi negatif atau positif.




4. Visualisasi

Visualisasi atau lebih dikenali sebagai “berangan” merupakan sebuah konsep meditasi tradisional yang memerlukan anda untuk membayangkan situasi yang boleh memberikan anda perasaan tenang dan memberi anda ruang untuk melegakan tekanan.  Anda mungkin boleh membayangkan anda berada di tempat yang anda suka, makan makanan kegemaran anda atau berjumpa dengan orang yang anda sayang. Teknik ini amat mudah. Anda hanya perlu menutup mata dan mula membayangkan situasi pilihan anda di mana anda merasa selesa dan tenang. Cuba untuk membayangkan situasi tersebut sehampir dengan realiti. Teknik ini akan lebih memberi kesan jika anda mengaitkan seberapa banyak element sensori seperti melihat matahari terbenam di tepi laut atau terbau pizza hangat yang sedang dimasak di dalam ketuhar tanah. Cuba untuk membayangkan situasi berikut dengan jelas dan anda akan merasakan ketenangan yang anda perlukan



5. Yoga atau tai chi

Yoga melibatkan pergerakan fizikal juga pergerakan pegun yang juga memerlukan teknik bernafas yang betul. Dari pergerakan ini sahaja, anda dapat melegakan tekanan dan meningkatkan tahap kesihatan anda kepada lebih baik. Tidak juga terkecuali, Yoga dapat meningkatkan flexibility badan, daya imbang badan, stamina dan tenaga. Namun begitu, adalah disarankan untuk anda mengikuti kelas profesional yoga untuk mengetahui perkara asas sebelum mengikuti ritual Yoga yang lebih kompleks.


Meditasi dengan teknik atau cara yang tepat boleh membantu anda untuk mendapatkan ketenangan yang mendalam seterusnya mengurangkan tahap stress. Tidak perlu berbelanja lebih hanya untuk melepaskan stress. Anda hanya perlu duduk dan bertenang.