Pada 11 Oktober 2021, sebanyak 90% dewasa telah menerima vaksin lengkap. Dengan wabak COVID yang berterusan, ianya sangat penting untuk memperkuatkan sistem imun badan kita untuk memerangi virus. Mereka yang divaksinasi sepenuhnya mempunyai perlindungan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak divaksinasi. Menurut satu kajian, potensi untuk seseorang yang tidak divaksinasi mendapat covid-19 semula adalah dua kali ganda berbanding yang telah divaksinasi. 

Ianya sangat penting untuk kita mengambil vaksin untuk meningkatkan sistem ketahanan badan sebelum terlambat. Pengambilan vitamin dan mineral yang bantu imunisasi badan juga penting kerana “antigens” yang dihasilkan oleh mikroorganisme akan melindungi badan kita dari ancaman luaran seperti bakteria, virus, kulat, dan racun. Sistem imun tubuh kita terdiri daripada pelbagai organ, sel, dan protein yang bekerjasama untuk melindungi kita dari jangkitan. Keupayaan sistem imun ini mampu  untuk  memusnahkan, membuang, atau mencerna jangkitan tanpa membahayakan tisu badan. 

Inilah sebabnya mengapa vitamin dan mineral tetap diperlukan oleh sistem imun badan walaupun kita telah divaksin. Berbagai nutrien diperlukan untuk sistem imun tubuh melawan jangkitan atau menghasilkan perlindungan yang berkesan terhadap penyakit setelah vaksinasi. Contohnya, Vitamin C, Vitamin D, dan Zink adalah vitamin dan mineral penting untuk sistem imun kita. Vitamin C, selain menjadi antioksidan, membantu dalam fagositosis dan meningkatkan fungsi sel darah putih, terutama dalam hal pergerakan neutrofil dan monosit semasa fagositosis. Mengamalkan  vitamin E didapati meningkatkan jumlah antibodi yang mereka hasilkan setelah vaksinasi serta pengambilan selenium harian boleh meningkatkan beberapa elemen tindak balas imun terhadap vaksin virus polio dan mengurangkan kemunculan virus mutan bagi mereka yang rendah selenium.

Selain daripada vitamin di atas, ada satu lagi pilihan yang terbaik iaitu supplemen yang mengandungi Tongkat Ali kerana ia boleh dijadikan sebagai pengganti kepada semua vitamin yang diperlukan untuk mengekalkan sistem imun yang baik selepas vaksinasi. Ia telah terbukti dapat meningkatkan T-sel, iaitu sel yang berfungsi untuk membunuh bahan berbahaya yang memasuki badan dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit atau dijangkiti oleh virus. 

Lindungi diri dengan mengambil vaksin dan tingkatkan imun badan dengan Tongkat Ali untuk meningkatkan T-sel dan menguatkan kesihatan dalaman. Ingatlah bahawa di musim pandemik ini, sistem imun dan kesihatan diri merupakan aspek yang paling penting. Mari bersama-sama menjaga kesihatan dah mengurangkan risiko untuk dijangkiti virus!