Memakai sunscreen, pelembap dan produk anti-kedut terkini tidak mencukupi untuk mengelakkan kedutan di muka. Anda juga memerlukan perlindungan dari dalam. Nutrien sangat berguna untuk memastikan badan mendapat vitamin yang mencukupi dan meningkatkan tahap kesihatan badan.

Jadi, nutrien apa yang penting untuk setiap wanita? Terdapat beberapa nutrien yang bermanfaat terhadap tubuh kita:

  1. Kalsium: Susu dan produk tenusu lain, serta diet yang diperkaya, mengandungi paras mineral yang bagus. Kalsium menyumbang lebih dari  1% berat badan wanita.

Kenapa kalsium? Hampir 80% daripada kalsium dalam badan anda terkandung dalam tulang dan gigi anda. Kemungkinan wanita untuk menghidap osteoporosis, adalah sebanyak empat kali ganda berbanding lelaki jadi kalsium yang mencukupi jadi ianya penting untuk kesihatan otot dan tulang jangka masa yang panjang.  Kalsium penting untuk tindakan jantung dan otot, pembekuan darah, dan fungsi sel tetap, oleh itu baki 1% adalah penting.

  1. Folat: Vitamin B yang larut dalam air. Folat didapati dalam jumlah tertinggi dalam sumber makanan seperti daun (bayam, asparagus) dan buah-buahan(cantaloupe).

Kenapa folat? Untuk kelihatan yang baik, anda memerlukan folat. Sel kita memerlukannya untuk mencipta DNA dan sebagai fungsi sel. Mereka tidak akan dapat mencipta sel atau tisu baharu, seperti kulit dan rambut tanpa kandungan folat yang cukup.

  1. Vitamin D: Badan kita mampu menghasilkan vitamin larut lemak ini apabila badan kita terdedah kepada cahaya matahari. Makanan yang diperkaya dengan vitamin D, seperti susu, juga mengandunginya.

Kenapa vitamin D? Ia membantu dalam penyerapan kalsium daripada diet dan makanan tambahan kita. Vitamin D juga diperlukan untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan tulang yang kuat. Para pengkaji juga mendapati bahawa tahap vitamin D yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan keseluruhan dan pencegahan masalah seperti osteoporosis.

 

  1. Lutein: Karotenoid ialah sekumpulan nutrien yang larut dalam lemak. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap (seperti bayam), serta buah-buahan, jagung dan kuning telur, mengandunginya.

Kenapa lutein? Lutein adalah antioksidan yang terkumpul di dalam mata untuk melindungi mereka daripada kerosakan radikal bebas dan degenerasi makula berkaitan usia (ARMD) yang seterusnya, merupakan punca utama kebutaan pada wanita yang lebih tua. Lutein ditemui dalam tisu payudara dan serviks, dan ia bantu tisu tersebut kekal sihat. Ia juga terdapat dalam kulit, dan ia membantu melindungi anda daripada sinaran UV yang berbahaya.

Jadi ianya sangat penting bagi wanita untuk mengambil nutrien bagi untuk mengekalkan awet muda di luar dan dalam.