Sindrom Prahaid (PMS) merujuk kepada simptom yang mungkin dialami oleh wanita beberapa minggu menjelang haid. PMS memberi kesan kepada dalam hidup bagi kebanyakan wanita. Jika ia mengganggu kegiatan harian, anda boleh mendapatkan bantuan atau mencuba rawatan semula jadi. Biasanya, apabila wanita sedang mengalami PMS, mereka menunjukkan beberapa gejala seperti kembung perut, kekejangan, dan keletihan yang disebabkan oleh ketidakstabilan hormon. 

Gejala PMS boleh dikurangkan dengan mengubah jenis diet. Pengambilan makanan yang mengandungi jenis nutrien tertentu adalah yang terbaik untuk meredakan PMS. berikut adalah beberapa tips dalam pemilihan makanan bagi mengurangkan gejala PMS:

  1. Ambil makanan yang tinggi kandungan zat besi dan zink. Makanan seperti daging merah, hati, telur, sayur-sayuran hijau, dan buah-buahan kering boleh bantu melegakan gejala PMS dalam kalangan wanita.
  2. Tingkatkan pengambilan kalsium. Makanan yang kaya dengan kalsium, seperti susu, yogurt, keju, dan sayur-sayuran hijau telah dibuktikan dalam beberapa kajian dapat mengurangkan gejala PMS.
  3. Lemak trans, makanan bergoreng, dan gula berlebihan perlu dielakkan. Kesemuanya adalah radang yang boleh membuat gejala PMS makin teruk.
  4. Kurangkan garam untuk mengelakkan perut kembung. Ia boleh memberi impak yang besar jika badan anda cenderung untuk menyimpan air sehingga perut kembung. Jadi, elakkan  snek yang mengandungi tinggi garam, makanan sejuk beku dan makanan yang diproses.
  5. Makanan yang sensitif harus dielakkan. Alahan makanan boleh menyebabkan PMS. Susu dan gandum adalah dua alahan yang biasa dalam kalangan masyarakat kita. Elakkan makanan yang berkemungkinan daripada diet anda dan perhatikan jika gejala anda bertambah baik.
  6. Kafein dan alkohol harus dielakkan. Kedua-duanya perlu dielakkan semasa haid kerana ia akan  memburukkan gejala PMS.
  7. Ambil suplemen. Mengambil multivitamin setiap hari atau mengambil suplemen magnesium, vitamin B6 atau vitamin E boleh membantu meredakan kekejangan pada sesetengah wanita. Tapi suplemen bukanlah pengganti untuk diet yang sihat dan seimbang. Lagi bagus kalau vitamin dan notrien didapati daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. 
  8. Masukkan asid lemak penting dalam diet anda untuk kurangkan kekejangan. Kekejangan telah terbukti boleh dikurangkan oleh asid lemak omega-3. Periksa sama ada dengan memakan ikan tambahan atau biji rami membantu untuk kurangkan gejala PMS.