Peningkatan kadar perceraian di Malaysia adalah amat membimbangkan. Ramai pasangan mempersoalkan bagaimana cara untuk mereka boleh kekal dalam perkahwinan setelah mereka berkahwin. Mencari cinta semestinya mudah dari mengekalkannya. Setiap pasangan memerlukan cara untuk mengekalkan dan menyuburkan cinta mereka sebaik sahaja rasa sayang itu hilang dan ia sentiasa berlaku. Berikut adalah beberapa petua untuk dipertimbangkan apabila berusaha ke arah jangka hayat dalam hubungan anda.

1.   Jadilah fleksibel: Salah satu peramal terbesar ketahanan dalam perhubungan jangka panjang adalah kesamaan kepercayaan, nilai, cita-cita dan cara berfikir anda tentang subjek utama. Melainkan anda dan pasangan anda sangat fleksibel dan mahir berkompromi, semakin anda berjauhan, semakin besar kemungkinan anda akan mempunyai pertengkaran yang kerap. Sudah tentu, akan ada perselisihan faham - malah pasangan yang paling kuat mempunyainya. Sekiranya perbezaan antara anda dan orang lain adalah kecil, berkompromi akan menjadi lebih mudah.

2.  Seimbang: Ini bermakna tiada siapa yang sempurna, dan anda tidak akan dapat memuja segala-galanya tentang mereka. Malangnya, ramai individu percaya bahawa apabila pasangan melakukan perkara yang tidak disukai, mereka mampu mengubahnya. Dalam percintaan, anda perlu menerima baik dan buruk kerana kedua itu mampu melawan negativiti dalam sebuah perhubungan. 

3.  Sumber kebahagiaan: Ketidakbahagiaan peribadi sering menjadi punca ketidakpuasan perkahwinan yang selalu dikaitkan dengan pekerjaan, tahap kejayaan, kesihatan atau berat badan. ‘Kecacatan’ peribadi ini selalu dipersalahkan pada perkahwinan. Hakikatnya, kebanyakan pasangan yang memilih untuk kekal dalam perkahwinan walaupun tidak menyenangkan, berpuas hati selepas lima tahun walaupun tiada apa yang berubah. Jadi, jika anda tidak berpuas hati dengan perkahwinan, ambil masa untuk tanya diri anda sama ada anda benar-benar tidak bahagia sebab perhubungan atau benda lain. 

 

3 petua ini akan membantu anda mengekalkan perkahwinan anda dan menjadikannya berkembang menjadi hubungan yang sihat. Hubungan yang sihat boleh bantu anda mengurangkan tekanan dan hidup lebih lama. Menurut kajian, tekanan boleh dibuang dengan sokongan sosial dan emosi yang baik. Menurut kajian juga, banyak manfaat biologi juga telah ditemui, termasuk menurunkan tekanan darah dan sistem imun yang lebih kuat.