Penggunaan dadah atau bahan haram untuk meningkatkan prestasi atlet yang telah lama digunakan di dalam komuniti sukan merupakan satu masalah yang bukan lagi perkara baru. Setiap penggunaan dadah seperti Androgenic anabolic steroids, ubat perangsang, ubat di bawah kategori Beta-Agonists, Diuretics dan Glucocorticoids mempunyai kesan sampingan dalam jangka masa yang panjang seperti ketidaksuburan, peningkatan kolesterol, tekanan emosi dan toksik di bahagian hati (hepatotoxicity), tekanan darah tinggi, strok, insomnia, psychosis, kekeliruan dan serangan panik yang kerap. Ia juga boleh menyebabkan masalah lain pada badan kita seperti degupan jantung yang tidak normal, kandungan gula menaik, diabetes, stres, kenaikan berat badan dan osteoporosis

Atlet wanita mengambil dadah dalam kehidupan seharian kerana tindak balas mereka terhadap bahan tersebut. Dorang masih ambil ubat ni sebab ia memberi tenaga dan stamina, serta  boleh bantu diri mereka untuk kawal ketegangan emosi masa pertandingan dan lindungi diri dari kecederaan fizikal bila bersukan. Steroid anabolik androgenik (SAA) adalah salah satu kategori ubat yang sering disalahgunakan dalam kalangan atlet. Ia merupakan sejenis steroid yang dikenali sebagai testosterone. Dengan menggunakan SAA, badan dapat memperoleh kekuatan dan kadar pukul badan yang optimum dengan cepat walaupun ia boleh memudaratkan. Ini juga boleh diambil oleh wanita yang mempunyai testosteron. Testosteron dan estrogen dihasilkan dari ovari. Ovari dan kelenjar adrenal mengeluarkan hanya sedikit testosteron ke aliran darah dan ini menyebabkan wanita merasa peningkatan tenaga dalam badan mereka. 

Namun begitu, ubat-ubatan ini tidak patut dijadikan pilihan untuk kegunaan jangka masa yang lama kerana ia boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan bila meningkat usia kelak. Jom beralih ke pilihan yang lebih sihat untuk tenaga yang lebih baik dan prestasi yang lebih tinggi! Salah satu alternatif terbaik adalah suplemen yang mengandungi Tongkat Ali kerana ia dapat memperbaiki fungsi otot dan menguatkan badan. Tongkat Ali juga telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan stamina badan. Apabila stamina bertambah baik, anda akan dapat menikmati senaman dan aktiviti yang baik. Malah, ini adalah permulaan yang baik dalam meningkatkan stamina wanita, minda yang tenang dan sebagai pendorong bagi setiap wanita untuk menang.

Suplemen yang mengandungi Tongkat Ali juga boleh dinikmati oleh wanita yang tidak berolahraga kerana ia dapat meningkatkan kekuatan dalam menjalankan rutin kehidupan seharian demi kualiti hidup yang lebih baik.