Macam mana keadaan kesihatan mental semasa musim Covid-19 di Malaysia? Pastinya ada implikasi terhadap kesihatan mental sebab tak boleh keluar rumah dan aktiviti rutin banyak yang jadi tersekat. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, ramai rakyat Malaysia yang telah menghadapi pelbagai emosi negatif semasa pandemik ini. Dari hasil kajian tersebut, kebanyakan rakyat Malaysia yang mempunyai masalah mental adalah dalam kalangan perempuan di mana 21% wanita dari hasil kajian tersebut mengalami depresi, 26% mengalami kegelisahan, dan lagi 18% kerap berasa stres. 


Macam yang kita semua tau, dunia sekarang memang orang bersaing untuk meraih kejayaan dan meningkatkan prestasi dalam setiap benda yang dilakukan. Jadi tak hairanlah bila pelbagai tekanan yang tidak dijangka kerap dialami. Apabila kita terlampau stres, akan berlaku tindak balas di badan di mana arteri akan menjadi semakin sempit akibat kortisol. Sejenis hormon epinephrine juga dikeluarkan dan ini akan menyebabkan kadar degupan jantung menaik. Kondisi ini akan mengepam darah dengan lebih laju untuk bantu mengatasi stres. Akibatnya, stress boleh menyebabkan peningkatan gula dan berat badan, imun badan yang lemah, masalah pencernaan dan sakit jantung.

Kalau anda nak tau, ubatan herba merupakan salah satu cara untuk bantu mengatasi stres. Secara saintifik juga, herba telah terbukti dapat mengawal serta mengurangkan simptom-simptom kepada masalah kesihatan mental. Ubatan herba yang mengandungi Tongkat Ali mampu menurunkan hormon tekanan dalam badan, mengurangkan kebimbangan, dan memperbaiki mood. Ekstrak Tongkat Ali mempunyai ciri-ciri yang sama dengan ubat anti-anxiety berdasarkan berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap tikus pada tahun 1999. Manusia telah melihat kesan yang sama. Kajian tersebut membuktikan bahawa Tongkat Ali mampu merawat gangguan mood.


Jadi, sebarang suplemen yang mengandungi Tongkat Ali boleh dijadikan sebagai penghilang tekanan bagi setiap wanita, kerana ia adalah cara yang selamat dan diuji secara saintifik untuk melindungi tubuh daripada kesan negatif stres, terutamanya dalam situasi sekarang. Tekanan boleh diuruskan dengan strategi mengatasi masalah dan gaya hidup sihat. Masalah yang menyebabkan tekanan boleh diatasi dengan fokuskan semula perhatian anda pada sesuatu yang anda suka lakukan seperti, melukis, memasak dan sebagainya.