Senyap tetapi boleh membunuh- Ini adalah situasi tepat untuk menggambarkan kanser serviks - penyakit yang lambat berkembang dalam badan dan jarang tunjuk gejala pada peringkat awal. Bukan itu saja, di Malaysia, kanser serviks adalah antara top 3 kanser yang dialami ramai wanita. Namun begitu, kanser serviks adalah salah satu jenis kanser yang paling dapat dicegah dan diubati. 


Ada kajian yang menunjukkan risiko wanita untuk dijangkiti kanser dapat dikurangkan dengan memakan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayur setiap hari.


Bila cakap pasal pencegahan kanser serviks, langkah pertama kita kena mulakan dengan makanan. Tapi bukan berapa banyak yang boleh dimakan, tetapi jenis makanan terbaik yang boleh anda makan untuk memaksimumkan daya tahan tubuh anda terhadap Human Papillomavirus (HPV), penyebab utama kanser serviks. Jom kita baca dan ketahui 5 makanan yang boleh diamalkan setiap hari!


  1. Lobak Merah

Dah biasa kita dengar lobak merah ni sihat untuk mata tapi bukan itu sahaja kebaikannya; ia mengandungi beta-karoten dan karotenoid yang dapat lindungi diri daripada menyerap karsinogen ke dalam sel badan. Anda boleh je makan secara mentah, rebus, atau memasukkannya dalam menu salad. Lagi best, sayur ini boleh didapati dengan senang dan murah.


  1. Teh Hijau

Rasanya semua tau yang teh hijau merupakan antara minuman paling berkhasiat untuk tubuh badan.  Salah satu sebabnya adalah adanya antioksidan polifenol yang merupakan jenis antioksidan yang membantu mencegah perkembangan  dan penggandaan sel barah. Ia boleh diminum pada bila-bila masa sepanjang hari, jadi pastikan anda mempunyai stok secukupnya di rumah.


  1. Sayur Kacang

Sayur kacang senang menjadi kegemaran ramai jika disediakan dengan sedap dan dimakan secara sederhana bersama makanan pencegah kanser yang lain. Nak tahu kelebihannya? Bukan je murah, ianya tinggi serat dan kaya dengan protein, menjadikannya sihat secara umum dan kuat untuk mencegah kerosakan pada sel kita. Bukan sahaja itu, fitokimia  yang merupakan komponen dalam kacang berupaya melambatkan pertumbuhan tumor. Fitokimia ini melindungi sel yang sihat daripada diubah menjadi sel kanser. Anda juga boleh jimatkan duit dengan mengganti pengambilan daging merah setiap hari kepada sayur kacang.


  1. Sayur Salad

Sesetengah orang rasa salad ni  makanan yang hambar dan kurang menarik kan? Tetapi salad atau lettuce ni bersama dengan jenis sayuran hijau lain mengandungi flavonoid, iaitu sumber nutrien utama yang memberikan tahap perlindungan terhadap kanser. So pastikan lepas ni anda rajin makan salad, kalau nak mengurangkan risiko kepada kanser. Nak lagi sedap, anda boleh menghidangkannya bersama pelbagai sos. Memang yummy! 


  1. Roti Gandum

Kalau anda nak tahu, roti gandum dapat gantikan jumlah karbohidrat yang hilang. Kita kena faham karbohidrat sama penting seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dan mengandungi vitamin B6. Vitamin ini diperlukan untuk regulasi sistem imun tubuh, menjaga metabolisme sel darah merah, dan meningkatkan kesihatan sistem saraf. Pastikan anda mengelakkan dari mengambil gandum yang bukan tulen kerana proses makanan sering kali melunturkan kekayaan nutrien yang penting, dan sekaligus tak memberi manfaat kepada kesihatan anda.


Kanser serviks, atau jenis kanser lain boleh diatasi kalau langkah pencegahan diambil dari  awal. Diet yang sihat akan memberikan keajaiban dalam memerangi gejala dan mengurangkan sel-sel toksik di dalam badan. Hah, bila anda gabungkan amalan ini dengan senaman, pemeriksaan rutin dengan doktor, anda dah berada di trek yang betul untuk meningkatkan kesejahteraan diri secara keseluruhan.