Kehamilan dan penyusuan menyebabkan semua wanita mengalami tekanan tambahan sepanjang proses pantang mereka. Untuk mengatasi masalah ini, wanita mesti mengamalkan pemakanan yang baik. Pemakanan yang sihat membantu wanita hamil atau menyusu untuk kekal sihat dan bertenaga serta mempermudahkan mereka untuk menjaga diri, bayi dan seluruh ahli keluarga. Oleh itu, untuk memberikan nutrisi yang mencukupi untuk bayi, wanita hanya memerlukan 300 kalori tambahan setiap hari. Juga, perlu diingat, penambahan berat badan semasa mengandung adalah perkara biasa, dan penyusuan susu ibu boleh membantu penurunan berat badan sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Berikut adalah beberapa petua diet kehamilan untuk semua ibu hamil di luar sana:

1.   Asid lemak omega-3 diperlukan untuk perkembangan saraf dan penglihatan awal bayi dan untuk penghasilan susu ibu selepas lahir. Dua hidangan ikan, seperti salmon, tuna, sardin, herring, atau ikan bilis, perlu dimakan dua kali seminggu. Rumpai laut ialah sumber Omega-3 yang kuat, dan sardin secara meluas dianggap sebagai makanan laut paling selamat untuk dimakan.

2.  Elakkan minuman beralkohol. Tidak ada jumlah alkohol yang selamat untuk bayi yang baru lahir.

3.  Kurangkan pengambilan kopi kerana ia telah dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran dan boleh menjejaskan penyerapan zat besi.

4. Makan dengan kuantiti yang lebih kecil secara kerap daripada mengambil hidangan yang besar. Ini akan membantu dalam pencegahan dan pengurangan morning sickness dan pedih ulu hati.

5. Makanan yang mungkin berbahaya kepada wanita hamil harus dielakkan. Keju lembut, sushi, daging deli, taugeh mentah dan makanan laut kaya merkuri seperti tuna albacore, ikan todak, tilefish dan king mackerel.

6. Protein juga penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi anda. Daripada bergantung hanya pada daging merah, pilih protein berkualiti tinggi seperti ikan, ayam, tenusu dan sumber berasaskan tumbuhan.

Selain itu, tidak lupa juga tips diet untuk ibu menyusu:

1.   Tingkatkan pengambilan kalori anda untuk membantu badan anda dalam pengeluaran susu yang konsisten.

2.  Sumber protein dan kalsium yang sihat harus diutamakan. Untuk menggalakkan pengeluaran susu, wanita memerlukan kira-kira 20 gram protein tambahan setiap hari berbanding sebelum hamil.

3.  Mengambil pil vitamin prenatal juga bermanfaat semasa menyusu melainkan todak digalakkan oleh doktor. 

4. Alkohol, kopi, dan nikotin harus dielakkan. Elakkan daripada minum dan merokok, dan hadkan pengambilan kafein anda sepanjang kehamilan atau penyusuan.

Kehamilan dan penyusuan adalah fasa yang penting dalam kehidupan wanita. Ia adalah masa yang baik untuk memperbaiki  gaya hidup, tabiat dan diet anda dan ia juga akan mempengaruhi keadaan anda dan anak anda. Ia adalah masa yang baik untuk memikirkan tingkah laku sihat yang akan memberi manfaat kepada anda dan anak anda pada masa ini dan pada masa hadapan. Pemakanan yang betul adalah penting terutamanya dalam tiga tahun pertama kehidupan sesorang kerana ia membantu mengurangkan morbiditi dan kematian serta pengurangan risiko penyakit.