Untuk sentiasa berasa yakin dalam kehidupan seharian, ia mesti bermula dengan aspek kecantikan. Cara terbaik untuk mengekalkan kecantikan tidak semestinya perlu melalui proses yang sukar atau mahal. Tip untuk sentiasa kelihatan cantik adalah bermula dengan rutin penjagaan kulit yang sememangnya mudah.


1. Gunakan pencuci muka mengikut kondisi kulit anda

Mencuci muka merupakan rutin yang paling penting terutamanya untuk mencuci produk kosmetik yang telah dipakai seharian, bakteria dan habuk mikro yang terdapat di permukaan kulit. Dengan menggunakan pencuci muka yang lembut akan memelihara lapisan kulit daripada terhakis atau kering. Pencuci muka dengan bahan detergen yang kuat seperti sabun boleh mengakibatkan kulit muka menjadi kasar dan gatal. Jika anda menggunakan pencuci muka yang mengandungi bahan yang mesra kulit, ia akan mengekalkan kondisi kulit anda di tahap optimum.

2. Gunakan toner sejurus selepas mencuci muka

Penggunaan toner akan mengurangkan saiz pori dan merapatkan sel-sel di permukaan kulit muka. Ini akan memberi pelindungan kepada kulit daripada bendasing atau habuk daripada memasuki lapisan kulit. Ia juga boleh melindungidan membersihkan kulit daripada klorin serta mineral yang terkandung dalam air paip yang digunakan semasa mencuci muka.

3.  Gunakan skrub untuk membuang sel kulit mati di permukaan muka

Terdapat dua kategori proses pengelupasan (exfoliate); secara fizikal dan menggunakan bahan kimia. Pengelupasan secara fizikal memerlukan proses skrub dengan menggunakan produk yang mengandungi partikel-partikel kecil. Proses ini akan membantu melembutkan dan menyihatkan kulit. Sementara itu, pengelupasan menggunakan bahan kimia selalunya menerusi penggunaan asid yang berfungsi membuang sel kulit mati dan minyak berlebihan pada kulit. Jika anda tidak mengamalkan proses ini, kulit anda akan lebih terdorong untuk mendapat jerawat, pori tersumbat, kusam dan tak bermaya.

4.  Gunakan teknik pat bila guna serum

Serum mengandungi kepekatan bahan aktif yang lebih tinggi berbanding pelembab muka. Serum yang mengandungi Vitamin A dan Vitamin C kebiasaannya adalah lebih berkualiti dan baik untuk kulit. Ia juga sumber anti-oksidan yang akan melambatkan penuaan pada kulit muka agar anda kekal berseri dan muda sentiasa!

5. Kenali fungsi pelembap muka

Pelembap muka mengandungi bahan “water-binding” seperti gliserin dan asid hyaluronik. Produk pelembap berfungsi untuk melembabkan kulit yang kering terutamanya kekeringan berpunca kepada dehidrasi.  Terdapat juga pelembap yang digunakan semalaman untuk menghalang air daripada tersejat daripada kulit. 

6. Pelindung UV adalah sangat penting

Untuk pengetahuan anda, sinaran UV daripada matahari boleh mempercepatkan proses penuaan terutamanya di permukaan kulit dengan cara merosakkan kolagen dan seterusnya menganggu ketegangan kulit yang mengakibatkan lapisan kulit menjadi nipis dan berlaku kedutan. Sebab itu pelindung UV amat penting untuk dipakai setiap hari! Ia dapat dapat memelihara kulit daripada terkena sinaran UV serta memperbaiki permukaan kulit dan mengurangkan kedutan pada kulit. Dah ramai yang membuktikan pelindung UV membantu kulit kelihatan lebih muda dari usia!

7. Trauma kulit wujud

Sebab utama kedutan pada kulit adalah disebabkan berlakunya kerosakan pada kulit. Kulit yang lebih tua adalah lebih sensitif dan lebih cenderung untuk mendapat kesan yang lebih teruk. Adalah penting untuk anda tidak mengosok kulit anda terlalu kuat semasa membersihkan muka atau memakai produk kosmetik yang lain. 

8. Seluruh kulit badan perlu dimanjakan

Selain daripada kulit wajah, bahagian lain seperti leher, dada dan tangan juga perlu dijaga. Bahagian ini kerap terdedah kepda bendasing dan sinar UV. Pastikan bahagian ini dilindungi oleh pelindung UV setiap masa dan menggunakan produk yang sesuai untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan cantik.



Adalah penting untuk kita mengikut rutin penjagaan kulit yang baik untuk membantu kulit sentiasa berada dalam kondisi yang baik. Rutin yang berkesan sememangnya akan menaikkan seri wajah anda. Jom miliki kulit yang lebih muda dari usia!