Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak perubahan dalam aktiviti sosial dalam kalangan masyarakat dan yang bekerja  pun kena bekerja dari rumah (WFH) untuk mengekang penyebaran COVID-19. Jadi bila duduk rumah memang jaranglah pakai kasut, kan? Berdasarkan Dr.Mark Weissman dan Dr. Tamer Younan, doktor pakar Podiatric di Cedars-Sinai Medical Center, berkaki ayam memang mempunyai banyak faedah tapi hanya untuk jangka masa yang pendek. Kekurangan sokongan di kawasan lengkungan kaki boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya masalah sakit tumit. 

Masalah sakit tumit yang paling banyak berlaku adalah Plantar Fasciitis iaitu kondisi di mana keradangan berlaku di tisu fibrous di kawasan tapak kaki. Berat badan berlebihan, gaya hidup atletik dan pekerjaan yang perlu berdiri berjam-jam memang berisiko mendapat masalah ini. Ia juga mungkin berlaku kepada wanita yang sering memakai kasut tumit tinggi dan juga kenaikan berat badan semasa hamil. Jika Plantar Fasciitis tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan yang teruk dan  boleh mengganggu aktiviti harian selama bertahun-tahun. Ia juga boleh menyebabkan kehilangan upaya yang kekal. Kerosakkan Plantar Fasciitis ini juga akan menjadikan jalan dan penanggungan berat badan semakin susah. Dari sinilah postur badan kita akan bertukar termasuk cara berjalan untuk mengurangkan kesakitan. Ini akan memberi impak kepada fungsi kaki, lutut, pinggang dan belakang lalu akan menyebabkan sakit tumit, ligamen koyak, sakit pergelangan kaki, sakit lutut, osteoartritis, sakit belakang, dan ketidakstabilan pelvis. 

Untuk kurangkan kesakitan dengan cepat, ubat tahan sakit seperti Ponstan, Voltaren, Celebrex, steroids dan anestetik topikal boleh digunakan. Suplemen yang mengandungi tongkat ali boleh berfungsi sebagai alternatif kepada ubat penahan sakit kerana ia membantu meningkatkan kekuatan otot. Ini secara tidak langsung dapat membantu pesakit sakit tumit dalam meningkatkan kualiti senaman pengukuhan dan regangan. Pengambilan ekstrak tongkat ali mampu meningkatkan jisim dan kekuatan otot, ia juga mempunyai ciri anti-radang untuk mengurangkan kesakitan. Hal ini boleh mengurangkan kesakitan sakit tumit.

Tumit merupakan sebahagian daripada kaki yang  memberi sokongan kepada seluruh badan. Jadi ianya sangat penting untuk kita melindungi dan menjaga tumit dari apa-apa jenis kecederaan dan mengurangkan risiko kepada tulang belakang dari tekanan yang melampau. Jangan pandang remeh soal kaki ya!